News Update :
Home » » Polis buru 2 lelaki rompakan mikro cip RM22 juta

Polis buru 2 lelaki rompakan mikro cip RM22 juta

Written By Admin on Tuesday, October 9, 2012 | 2:14 PM


Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM — Polis memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes rompakan cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) bernilai RM22 juta di sebuah kilang di kawasan Perusahaan Perai di sini, awal pagi Ahad lepas.
Mereka ialah S. Thurai Raj,27, beralamat di Lorong 1, Taman Sejahtera, di sini dan A.Jaykumar, 26, beralamat di No 1884, Lorong Angsana 49, Taman Keladi, Kedah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, dua lelaki itu dikehendaki bagi melengkapkan siasatan polis.
"Polis percaya mereka masih berada di sekitar negeri ini jadi kita minta mereka menyerah diri bagi membantu polis lengkapkan siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, 269 kotak cip mikro CPU berkenaan dilarikan lapan lelaki bersenjatakan pedang samurai dalam masa 20 minit.
Mengulas lanjut, Mohd. Bakri berkata, polis percaya telah menumpaskan sindiket tersebut selepas menahan 14 lelaki berusia 29 hingga 51 tahun pada hari kejadian.— BERNAMA

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.