News Update :

EPL 20/8/2013: Manchester City belasah Newcastle 4-0

Written By Admin on Monday, August 26, 2013 | 7:47 PM




MANCHESTER 20 Ogos - Manchester City membuka kempen Liga Perdana Inggeris dengan bergaya apabila membenam Newcastle yang beraksi dengan 10 pemain 4-0 semalam.

City memperoleh gol menerusi David Silva, Sergio Aguero, Yaya Toure dan Samir Nasri, memusnahkan permulaan musim Newcastle yang tempang selepas pemainnya, Steven Taylor dibuang padang sebelum berakhir babak pertama. - Agensi


Sumber: Utusan

Mourinho mahu pastikan kemenangan ke atas United




LONDON - Selepas berjaya memastikan kemenangan sempena kepulangannya ke Chelsea Ahad lalu, Jose Mourinho perlu melakukan perkara yang sama apabila beraksi di tempat lawan menentang Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, hari ini.

Pengendali dari Portugal itu kembali ke Stamford Bridge Ahad lalu selepas enam tahun dan cepat menyesuaikan diri dengan rutin lamanya apabila menewaskan Hull City 2-0, sekali gus meneruskan rekod tanpa kalah skuad bimbingannya di tempat sendiri kepada 61 perlawanan.

Perlawanan tersebut menyaksikan Frank Lampard menjaringkan gol melalui sepakan bebas pada minit ke-25 namun skuad Mourinho perlu lebih mantap apabila bertemu Villa.

Villa mengejutkan Arsenal 3-1 di Stadium Emirates Sabtu lalu ketika Christian Benteke sudah mendapat sentuhan jaringan dan dilihat bersedia untuk membuang memori bergelut dalam zon penyingkiran musim lalu.

Lampard, salah seorang daripada lapan pemain yang pernah di bawah bimbingan Mourinho sebelum ini berkata, sasaran Chelsea musim ini adalah memberi cabaran dalam perebutan kejuaraan liga selepas menamatkan saingan musim lalu pada tangga ketiga dan keenam pada 2012.

"Saingan EPL sangat sukar sejak kebelakangan ini. Perlawanan menjadi semakin sengit dan pantas, jadi kami perlu sentiasa menang minggu demi minggu, itu yang perlu kami lakukan sekali lagi.

"Apa yang perlu kami tekankan di sini ialah Aston Villa baru sahaja menewaskan Arsenal kerana mereka begitu pantas dan memiliki barisan pemain yang muda, jadi kami tidak boleh biarkan begitu sahaja tanpa usaha," kata pemain tengah England berusia 35 tahun itu, yang meraih dua kejuaraan liga di bawah Mourinho pada 2005 dan 2006.

Mourinho mungkin melakukan penggiliran pemain kerana mereka bukan sahaja akan bertemu Manchester United Isnin depan tetapi selepas itu terlibat dengan perlawanan Piala Super UEFA di Prague pada 30 Ogos.

Juan Mata akan diberi peluang beraksi selepas hanya menghuni bangku simpanan ketika menentang Hull berikutan kecederaan buku lali manakala Romelu Lukaku atau Demba Ba dijangka membantu Fernando Torres pada bahagian serangan. - AFP


Sumber: Utusan

Kesan buruk jika wanita tidur dengan memakai bra

Written By Admin on Sunday, November 11, 2012 | 8:45 AM



Bra merupakan pakaian dalam wanita yang sangat penting untuk menjaga tekstur serta bentuk payudara seorang wanita. 
Namun bra juga mempunyai kesan buruk bila dikenakan secara serentak dalam waktu yang lama bagi seorang wanita.

Apa saja akibat buruk mengenakan bra? Ketahui juga alasan kenapa banyak orang menyarakankan anda untuk tidak mengenakan bra ketika tidur.

1. berpeluh
Ada bra yang direka khas untuk tidur, dam bra tersebut diperbuat daripada bahan yang menyerap peluh seperti nilon dan kapas sehingga boleh membuat payudara'bernapas '. Tetapi jika anda mengenakan bra biasa apabila tidur, anda boleh berpeluh dan kawasan dada menjadi lembab. Menurut laman web The Teen Growth, keadaan ini boleh menyebabkan geseran sehingga menimbulkan ruam dan luka.

2. ketidakselesaan
Bra sehari-hari dibuat untuk menyokong payudara dan menjaga agar bentuknya tidak turun atau melorot. Laman The Teen Growth menulis bahawa 'daily bra' tidak direka agar selesa apabila tidur. Kawat bra yang meliuk-liuk saat tubuh berbaring boleh menusuk-nusuk kulit sehingga membuat kegatalan

3. insomnia
Berangkat dari ketidakselesaan bra sehari-hari yang dikenakan apabila berbaring boleh membuat anda merasa kesukaran tidur. Dan akhirnya, keadaan tubuh anda di pagi hari menjadi tidak maksimum. Teen Health menjelaskan bahawa kebiasaan tidur dengan memakai bra boleh memberi kesan kepada kesihatan anda secara keseluruhan.

4. kanser Payudara
llmuan Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya 'Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras', menggunakan bra terlalu lama boleh meningkatkan suhu rangkaian payudaradan wanita yang memakai bra mempunyai kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua-dua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Kedua ilmuwan tersebut mengatakan bahawa tidur adalah waktu yang tepat untuk merehatkan payudara dengan tidak mengenakan bra. Tak hanya merehatkan otot, saat tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (mengeluarkan racun). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon imuniti (kekebalan tubuh).

Pertunjukan manipulasi kad daun terup paling cool!

Written By Admin on Friday, October 19, 2012 | 2:26 AM



Dari mana kad yang banyak tu datang sebenarnya? Adakah lelaki ni guna ilmu ghaib? Sebenarnya beliau langsung tidak menggunakan apa-apa ilmu ghaib. Yang ada hanya kepantasan dan kecekapan tangan untuk mengaburi mata penonton. Apa yang pasti, hasil sebegini tidak akan datang tanpa latihan melebihi setahun dua. 

Tips: Lihat pada permulaan video, kad pada setiap tangannya masih banyak. Pada saat pertama kali beliau membuang kad ke lantai, lihat hanya berapa keping yang jatuh. Tapi kad selebihnya berjaya disorokkan dari pandangan penonton dengan kecekapan tangannya mengalihkan perhatian orang ramai.

Padah kacau lelaki lembut, kan dah kena tu!



Mentang-mentang member tu jenis lelaki lembut, bukan main ni mamat ni duk buli dia. Sekali pintu jugak makan dia. Kan dah kena tu.

Serius lawak! Teka-teki paling susah



Teka-teki paling susah: Apakah bila naik pokok 4 kaki, turun pokok jadi 3 kaki?
Nak tahu jawapannya tengok la video ni sampai habis.

CCTV rakam aksi curi CPU letak celah kangkang



Sekarang heboh diperkatakan tentang taktik pencuri yang meletakkan barang curi tersebut dicelah kangkang atau dipanggil geng kangkang. Apa yang menariknya, modus operandi ini memerlukan seorang tarik perhatian tuan kedai manakala seorang lagi akan mencuri sesuatu barang dari kedai tersebut. Apa yang menariknya, setiap kes yang berjaya dirakam CCTV mendapati ianya dilakukan oleh seorang wanita sebabnya mereka memakai kain. Macamana pencuri ni boleh kepit sebuah CPU dan 1 karton tin arak dekat celah kangkang mereka?

AMARAN: DILARANG TIRU AKSI INI. BERDOSA!

Ngeri! Hukuman pancung kepala di Madinah



Berdasarkan keterangan dalam video ni: Hukuman pancung di Madinah. Dirakam secara amatur pada 21hb Oktober 2011. Persalah dipercayai adalah seorang yang terlibat dengan sihir yang mana telah membawa kepada hukuman pancung.

Inilah yang dinamakan hukum hudud iaitu Hukum Allah. Pesalah dihukum di depan khalayak ramai untuk menyedarkan dan memberi iktibar kepada hukuman yang bakal mereka terima jika melakukan sesuatu kesalahan. Kalau Malaysia buat macam ni, confirm kes buang bayi dan penzinaan dapat dikurangkan secara drastik. Fikir-fikirkanlah.

Pelik! Anak kambing lahir tanpa kepala



Kejadian ini berlaku di sebuah kampung di Jawa Tengah. Puluhan penduduk kampung berpusu-pusu menyaksikan kejadian pelik yang berlaku apabila seekor anak kambing yang lahir tanpa kepala mahupun ekor. Yang ada hanyalah sepasang kaki dan badan sahaja. Saksikan kejadian pelik ni dalam video dibawah.

Lengan ahli bina badan ni meletup pecah!



Seorang ahli bina badan iaitu Greg Valentino yang menggunakan cecair steroid untuk menambahkan saiz ketulan pada badannya mengalami detik mencemaskan apabila ketulan 'biceps' pada lengan sebelah kanannya terlalu besar hingga meletup pecah! Saksikan video di bawah ni.

Mitsubishi Eclipse diubahsuai jadi Lamborghini Reventon

Written By Admin on Wednesday, October 17, 2012 | 9:20 PM



Cool! Alexander Stupkin, seorang lelaki yang berusia 30 tahun dari Odessa, Ukraine menghabiskan masa selama 2 tahun untuk mengubahsuai sebuah kereta jenis Mitsubishi Eclipse menjadi sebuah kereta yang paling diimpikan oleh setiap orang iaitu Lamborghini Reventon. Lihat saja hasilnya, tidak ubah seperti sebuah kereta mewah Lamborghini yang harganya mencecah jutaan ringgit.

Kereta Mitsubishi Eclipse itu dibelinya pada 2008 dan terus mengubahsuai menjadi sebuah Lamborghini Reventon. Walaupun beliau tiada pengalaman dalam pengubahsuaian kereta, sebuah Lamborghini Reventon yang diimpikannya menjadi kenyataan dengan bantuan ahli keluarga serta rakan-rakannya sehingga memakan masa selama 2 tahun untuk disiapkan.













Gadis ini ditumbuhi penuh bulu pada mukanya



Supatra Sasuphan, 11 tahun yang berasal dari Pranakom, Thailand selalu diejek oleh rakan-rakannya dengan panggilan 'monkey face' dan 'wolf girl' kerana mempunyai bulu penuh pada mukanya. Tetapi gadis ini tetap tabah dalam mengharungi segala cabaran dalam hidupnya. Supatra menghidap sindrom ambras sehingga menjadikan mukanya dipenuhi dengan bulu. 







Bintang Bollywood Kareena Kapoor, Saif Ali Khan kahwin


Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor

MUMBAI: Bintang Bollywood, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan berkahwin pada Selasa di sebuah majlis secara kecil-kecilan di Mumbai selepas bercinta selama lima tahun, lapor agensi berita Press Trust of India.
Beberapa kawan dan ahli keluarga menghadiri upacara berkenaan di rumah Khan.
Selepas majlis itu, Kapoor, 32, dan Khan, 42 melangkah keluar ke beranda untuk menemui para peminat yang menantikan kemunculan mereka berdua.
Khan mempunyai dua anak, hasil perkahwinan terdahulu. - AP - mStar Online

Syarikat Apple iPhone China temui pelatih bawah umur


iPhone 4S

BEIJING: Syarikat yang mengeluarkan Apple iPhone berkata, ia telah menemui sekumpulan pelatih bawah umur semuda 14 tahun bekerja di salah sebuah kilangnya di China.
Foxconn Technology Group pada Selasa berkata, sekumpulan pelatih itu ditemui oleh sebuah syarikat penyiasatan di kilang itu di bandar Yantai dan telah dihantar pulang ke sekolah mereka.
Had minimum umur untuk bekerja di bawah undang-undang di China adalah 16 tahun.
Foxconn, yang dimiliki oleh syarikat Taiwan, Hon Hai Precision berkata, siasatan dengan beberapa sekolah dibuat mengenai bagaimana mereka dihantar ke kilang itu.
Syarikat itu berhadapan dengan satu aduan pada Ogos apabila para pelajar vokasional dipaksa oleh sekolah-sekolah mereka untuk bekerja di kilang berkenaan di China. - AP - mStar Online

Planet baru seperti bumi dijumpai luar sistem solar


Gambar hiasan

WASHINGTON: Sebuah planet yang sama seperti bumi berdasarkan lokasi dan saiznya ditemui di luar sistem solar, demikian menurut ahli astronomi Eropah.
Ia berjaya dikesan ketika mengelilingi sistem bintang pada jarak 40 trilion kilometer.
Bagaimanapun, planet yang sama seperti bumi itu didapati berada pada kedudukan terlalu hampir dengan bintang, yang mana ia mengelilingi hanya selang beberapa hari. - AP - mStar Online

Arena Sukan

Berita Hari Ini

Info Menarik & Berguna

Info Seksual (18+)

Gambar & Video Menarik

Susah nak percaya?

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.