News Update :
Home » » Syarikat Apple iPhone China temui pelatih bawah umur

Syarikat Apple iPhone China temui pelatih bawah umur

Written By Admin on Wednesday, October 17, 2012 | 7:48 PM


iPhone 4S

BEIJING: Syarikat yang mengeluarkan Apple iPhone berkata, ia telah menemui sekumpulan pelatih bawah umur semuda 14 tahun bekerja di salah sebuah kilangnya di China.
Foxconn Technology Group pada Selasa berkata, sekumpulan pelatih itu ditemui oleh sebuah syarikat penyiasatan di kilang itu di bandar Yantai dan telah dihantar pulang ke sekolah mereka.
Had minimum umur untuk bekerja di bawah undang-undang di China adalah 16 tahun.
Foxconn, yang dimiliki oleh syarikat Taiwan, Hon Hai Precision berkata, siasatan dengan beberapa sekolah dibuat mengenai bagaimana mereka dihantar ke kilang itu.
Syarikat itu berhadapan dengan satu aduan pada Ogos apabila para pelajar vokasional dipaksa oleh sekolah-sekolah mereka untuk bekerja di kilang berkenaan di China. - AP - mStar Online

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.