![]() |
| Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR — Kira-kira 11,000 warga Nepal telah diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini sejak 2003, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, kelulusan itu diberi kepada 200 syarikat kawalan keselamatan seluruh negara setelah mengambil kirabeberapa faktor termasuk latar belakang rakyat Nepal.
"Dalam masa mereka berkhidmat (semasa pemerintahan British) didapati pada ketika itu mereka mempamerkan imej yang tinggi, setia kepada pengurusan tertinggi, berdisiplin, dan mematuhi arahan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) di sini.
Abu Seman berkata, pada peringkat awal hanya rakyat Nepal yang bermastautin sahaja dibenar diambil bekerja, namun pada 2009 kerajaan memberi kelonggaran untuk pengambilan dari negara asal dengan syarat mereka bekas tentera.— BERNAMA


0 comments:
Post a Comment