News Update :
Home » » Geng Botak kes pecah rumah ditangkap polis

Geng Botak kes pecah rumah ditangkap polis

Written By Admin on Tuesday, October 9, 2012 | 2:10 PM


Gambar hiasan

SHAH ALAM — Polis Selangor memberkas tujuh lelaki termasuk seorang pemandu teksi yang dipercayai anggota 'Geng Botak' dan terbabit dalam 27 kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek berusia antara 28 dan 54 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Shah Alam dan Petaling Jaya dari 29 September sehingga Khamis lepas, susulan risikan selama tiga bulan.
"Siasatan polis mendapati suspek yang aktif sejak 2009 turut memecah masuk rumah di luar kawasan Shah Alam seperti Kajang, Petaling Jaya dan Kuala Selangor," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, kumpulan itu dipercayai melakukkan perbuatan mereka ketika waktu Maghrib atau ketika mangsa keluar makan malam.
Pemandu teksi berusia 54 tahun yang menetap di Seksyen 18 di sini, dipercayai berperanan menghantar dan mengambil rakan jenayahnya setelah selesai melakukan pecah rumah, katanya. - BERNAMA

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.