News Update :
Home » » Dakwaan cicak tokek dikatakan berkhasiat diragui

Dakwaan cicak tokek dikatakan berkhasiat diragui

Written By Admin on Sunday, July 8, 2012 | 8:03 AM


IPOH: Cicak tokek atau nama saintifiknya ‘Gekko Gecko’ adalah sejenis cicak gergasi yang sengaja kisahnya diperbesar-besarkan kononnya mempunyai nilai harga mencecah jutaan ringgit bergantung pada berat dan panjang haiwan ini.

Difahamkan, pihak pembeli haiwan ini pernah meletakkan tawaran sehingga RM4 juta bagi cicak tokek yang mempunyai berat sekitar 400 gram dan RM40 juta bagi cicak ini yang mempunyai berat melebihi 800 gram.

Berikutan tawaran gila itu, masyarakat di Asia Tenggara terutama Filipina dan Indonesia berlumba-lumba memburu haiwan ini mengakibatkan ia semakin pupus.

Cicak ini yang didakwa boleh menjangkau berat hingga satu kilogram menjadi buruan sejak lebih tiga tahun lalu selepas organnya didakwa mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat itu didakwa mempunyai kemampuan menyembuhkan penyakit kanser, melawan virus HIV dan Aids serta mengubati wabak selesema Influenza A (H1N1) yang didakwa masih belum mempunyai ubat khusus sehingga kini. 

Bagaimanapun, dakwaan itu diragui berikutan belum ada lagi pengesahan perubatan secara saintifik dari mana-mana badan perubatan antarabangsa sehingga kini.

Cicak ini yang mendiami hutan hujan tropika hidup pada pokok tinggi, hutan dan rumah papan kampung turut menjadi makanan segelintir penggemar masakan eksotik. - Harian Metro

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.