![]() |
| Gambar hiasan |
KOTA KINABALU: Gara-gara takut dicekup, seorang lelaki tergamak
meninggalkan teman wanitanya dengan melompat keluar melalui tingkap
dibiliknya ketika diketuk anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sabah (JHEAINS) dalam serbuan di sebuah rumah pekerja di bengkel Jalan
Inanam, dekat sini, awal pagi semalam.
Tindakan lelaki yang bekerja sebagai mekanik dipercayai berusia 27
tahun itu menyebabkan teman wanitanya yang berusia 23 tahun terpaksa
dibawa ke Balai Polis Inanam dekat sini, untuk tindakan lanjut kira-kira
jam 1 pagi semalam.
Difahamkan, ketika serbuan, pasangan itu pada mulanya enggan
membuka pintu, selang beberapa minit kemudian kedengaran hentakan kuat
dipercayai lelaki terbabit bertindak memecahkan tingkap sebelum melompat
keluar dan melarikan diri.
Anggota penguat kuasa JHEAINS dibantu dua anggota polis cuba mengejarnya, namun gagal kerana keadaan kawasan bengkel agak gelap menyukarkan untuk mengesan lelaki terbabit. Selepas itu, pintu bilik kemudian dibuka oleh seorang wanita yang hanya berkemban.- Harian Metro

0 comments:
Post a Comment