![]() |
| Gambar hiasan |
SHAH ALAM: Akibat leka melihat satu majlis yang berlangsung di sebuah
institut pengajian tinggi (IPT) seorang penunggang motosikal maut
apabila digilis sebuah lori tiga tan di Kilometer 2.1 Lebuhraya Ekspres
Lingkaran Tengah (Elite) arah selatan, di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, mangsa, V Darman
Pandithan, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala
selain putus tangan kiri dan patah kaki kiri.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang menaiki motosikal bersama sepupu wanitanya leka melihat satu majlis di IPT yang terletak bersebelahan lebuh raya itu tanpa menyedari kereta Perodua Kancil itu berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami kerosakan.
Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke tengah jalan sebelum
digilis sebuah lori tiga tan dari arah yang sama selain turut diseret
sejauh kira-kira 25 meter.
Kejadian itu turut menyebabkan sepupunya yang belum dikenal pasti itu parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Kancil yang berusia 30-an memberhentikan keretanya di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan kerana mengalami kerosakan enjin.
“Ketika dia memeriksa keretanya,
dia melihat mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 menuju ke
arah keretanya sambil leka melihat majlis di IPT berdekatan lokasi
kejadian itu.
“Pemandu kereta itu tidak sempat memberi amaran dan
hanya mampu melihat motosikal itu merempuh belakang keretanya sebelum
tercampak ke atas lebuh raya serta digilis sebuah lori,” katanya di sini
semalam.
Beliau berkata, pembonceng wanita yang belum dikenal pasti itu parah di badan akibat tersepit di bawah lori manakala pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.- Harian Metro


0 comments:
Post a Comment