News Update :
Home » » 3 pelajar USM ditahan kerana memalsukan ijazah

3 pelajar USM ditahan kerana memalsukan ijazah

Written By Admin on Tuesday, July 3, 2012 | 2:32 PM


PULAU PINANG 1 Julai - Tiga pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) ditahan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak semalam kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemalsuan ijazah institusi pengajian tinggi awam itu.

Suspek terdiri daripada dua pelajar wanita berusia 24 dan 25 tahun serta seorang pelajar lelaki berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemalsuan dokumen akademik universiti itu.

Mereka dipercayai menjual dokumen palsu itu kepada pihak ketiga pada harga tertentu.

Polis turut merampas beberapa peralatan komputer dipercayai digunakan bagi menghasilkan dokumen-dokumen palsu berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, ketiga-tiga pelajar berkenaan kini direman untuk siasatan lanjut.

Semalam, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Omar Osman memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius dakwaan tentang wujudnya sindiket menjual ijazah palsu di universiti itu melalui laman web.

Kegiatan tersebut dikesan beberapa minggu lalu dan laporan polis telah dibuat di Pulau Pinang bagi mengambil tindakan segera mengesan suspek. - Utusan Malaysia

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.