News Update :
Home » » Mark Webber juara Formula 1 Grand Prix Monaco

Mark Webber juara Formula 1 Grand Prix Monaco

Written By Admin on Wednesday, May 30, 2012 | 6:01 PM



Kemenangan ke-8 dalam karier beliau

MONTE CARLO - Pemandu Australia, Mark Webber menjuarai Grand Prix Monaco di sini semalam, menghadiahkan kemenangan ketiga berturut-turut buat Red Bull pada perlumbaan Formula Satu musim ini.

Pelumba berusia 35 tahun itu melakar kemenangan keduanya pada Grand Prix Monaco dalam tiga edisi kejuaraan apabila menamatkan perlumbaan di depan pemandu Jerman, Nico Rosberg dari pasukan Mercedes, sementara juara dunia dua kali, Fernando Alonso berada pada kedudukan ketiga untuk Ferrari.

Webber bermula di petak pertama selepas Michael Schumacher yang mencatat masa terpantas pada kelayakan, kelmarin dikenakan penalti lima petak untuk bermula pada kedudukan keenam.

Pemandu veteran itu merupakan pemenang keenam dalam enam perlumbaan musim ini.

Alonso mendahului kedudukan senarai pelumba setelah mengumpul 76 mata, hanya tiga mata di depan juara dunia dua kali dari pasukan Red Bull, Sebastian Vettel.

Webber, yang mencatat kemenangan Grand Prix kelapan dalam kariernya, mendominasi sejak awal perlumbaan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu di Monaco.

Vettel yang menjuarai Grand Prix Monaco tahun lalu - menamatkan perlumbaan di tempat keempat, sementara pemandu Britain yang mewakili McLaren, Lewis Hamilton dan pelumba Brazil, Felipe Massa, masing-masing berada di tangga kelima serta keenam. - AFP - Utusan Malaysia

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.