![]() |
| Pep Guardiola bakal dilamar Chelsea? |
LONDON - Pep Guardiola meminta Roman Abramovich supaya 'menggodanya' ke Chelsea. Guardiola yang membuat keputusan meninggalkan Barcelona sebelum ini bercadang untuk berehat setahun.
Namun perubahan hasratnya itu menyebabkan pemilik kelab Stamford Bridge, Abramovich berwaspada apatah lagi dia merupakan peminat Guardiola.
Kini Guardiola mahu Chelsea menghubungi. Katanya, dia pasti gembira untuk menerima panggilan daripada Chelsea.
"Bulan depan mungkin kembali bertenaga dan mengubah fikiran saya.
"Saya akan menunggu. Jika mereka 'menggoda' saya, saya bersedia jika kelab itu mahukan saya," katanya.
Sumber yang dekat dengan Abramovich mendakwa, pemilik Blues itu sedia untuk bertindak pantas yang pasti membuatkan pengurus 41 tahun itu tidak mampu menolak tawaran yang amat lumayan.
Perkembangan terbaru itu merupakan satu lagi tamparan buat pengurus sementara Roberto Di Matteo yang memberikan kejuaraan berganda buat Chelsea, Liga Juara-Juara dan Piala FA.
Di Matteo, 41, terus menyepi sejak membimbing Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara mengalahkan Bayern Munich.
Guardiola, yang memenangi 14 trofi sepanjang empat tahun membimbing Barca, meraikan perlawanan terakhirnya sebagai pengurus dengan kemenangan 3-0 ke atas Athletic Bilbao pada perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol, semalam. - AGENSI - Utusan Malaysia


0 comments:
Post a Comment