News Update :
Home » » Bintang Jepun Shinji Kagawa bakal sertai Manchester United

Bintang Jepun Shinji Kagawa bakal sertai Manchester United

Written By Admin on Wednesday, May 30, 2012 | 5:57 PM



Shinji Kagawa

BERLIN - Majalah bola sepak Jerman, Kicker melaporkan bintang bola sepak Jepun, Shinji Kagawa akan menyertai Manchester United menerusi bayaran 15 juta euro.

Lapor majalah tersebut, perjanjian untuk Kagawa ke United sudah hampir lengkap.

Pengarah Sukan kelab Borussia Dortmund, Michael Zorc memberitahu beberapa perkara belum lagi dimuktamadkan dan Kagawa masih ada kontrak dengan kelab Jerman itu sehingga Jun 2013.

Kelab itu telah pun meletakan harga 20 juta euro untuk penyerang mereka dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris dilaporkan berminat terhadap pemain itu.

Awal bulan ini, bos United Alex Ferguson ke Berlin menyaksikan Kagawa menjaringkan gol ketika Dortmund menang 5-2 ke atas Bayern Munich pada final Piala Jerman.

Kos perpindahan Kagawa ke Dortmund cuma 350,000 euro ketika menyertai kelab itu dari kelab Liga-J, Cerezo Osaka pada 2010.

Dia menjaringkan 21 gol dalam 49 perlawanan Bundesliga untuk Borussia. - AFP - Utusan Malaysia

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.