![]() |
| Gambar hiasan |
IPOH: Seorang lelaki rentung manakala ibunya
cedera apabila rumah dua tingkat yang mereka duduki musnah dalam
kebakaran di Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, awal Selasa.
Mayat lelaki keturunan siam yang dikenali sebagai Songkran a/l Cheong
Sim, 26, ditemui di ruang tamu tingkat bawah rumah itu, manakala ibu
lelaki berkenaan Cheong Meng Chee, 50-an cedera di kaki dan badan.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superitendna Anuar Omar
berkata, mayat lelaki itu ditemui selepas pasukan bomba dan penyelamat
selesai memadamkan kebakaran.
Mayatnya dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat manakala
ibunya dirawat di hospital yang sama, katanya ketika dihubungi pada
Selasa.
Beliau berkata, kebakaran pada pukul 5.57 pagi itu disedari oleh ibu
lelaki berkenaan tetapi dia gagal menyelamatkan anaknya itu kerana api
marak dengan cepat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dihubungi berkata, bomba mengambil masa satu jam untuk memadam kebakaran.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat. - BERNAMA


0 comments:
Post a Comment