NAMPAKNYA isu ngenai sikap Rihanna masih lagi belum berhenti
menyerang penyanyi itu. Terbaru, Rihanna kembali beraksi panas bagi
menjayakan sebuah promosi produk terbaru jenama minyak wangi iaitu Nude.
Menurut laporan Digital Spy, Rihanna hanya beraksi tanpa baju
dengan hanya menutup dada menggunakan tangannya sahaja untuk produk
minyak wangi keduanya selepas Reb'I Fleur yang dilancarkan pada tahun
lalu.
"Esok saya akan melakukan satu sesi fotografi yang agak besar bagi
minyak wangi baru buat para wanita, namanya....NUDE!" katanya dalam
entri Twitter miliknya sebelum foto-foto tersebut beredar.
Dalam foto tersebut, penyanyi berusia 24 tahun itu memberi empat aksi seksi dengan raut wajah yang menggoda.
Bagaimanapun, aksi seksi sedemikian bukanlah satu perkara baru
buatnya kerana sebelum ini Rihanna pernah membuat pengakuan bahawa
beraksi menggoda boleh membuatkan dirinya lebih tenang.
"Semakin nipis dan seksi baju saya, hati saya berasa lebih tenang.
Cuma saya harus menghadapi ketakutan itu untuk menjadi lebih berani,"
ujarnya.


0 comments:
Post a Comment