![]() |
| Gambar hiasan |
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan
parang itu masuk ke dalam rumah pesara berumur 60 tahun itu dengan
mengumpil sebuah daripada tingkap, kata Ketua Polis Daerah Pekan Supt
Yahaya Othman.
"Mangsa yang tiba-tiba terjaga daripada tidur membuka pintu bilik
untuk membuat pemeriksaan, sebaik saja mangsa membuka pintu bilik,
seorang daripada suspek terbabit terus mengacukan parang ke lehernya,"
katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Suspek kemudiannya mengejutkan lima lagi anggota mangsa termasuk
isteri dan seorang menantu lelakinya dan mengikat mereka di dalam sebuah
bilik, katanya.
Yahaya berkata mangsa berjaya melepaskan ikatan itu beberapa jam
kemudian dan membuat laporan di Balai Polis Paloh Hinai kira-kira 7
pagi.
Polis telah melancarkan Ops Rantau bagi memburu empat suspek terbabit, katanya. - BERNAMA


0 comments:
Post a Comment