News Update :
Home » » Shakira bakal timang anak lelaki bersama pemain Barcelona, Pique

Shakira bakal timang anak lelaki bersama pemain Barcelona, Pique

Written By Admin on Friday, October 5, 2012 | 10:56 AM



Shakira bersama teman lelakinya yang juga
pemain bolasepak Barcelona, Gerard Pique
SEJAK mengumumkan berita kehamilannya September lalu, penyanyi Shakira dilihat semakin teruja untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya itu.

Lebih bermakna apabila Shakira dan teman lelakinya, Gerard Pique sudah mengetahui jantina anaknya dan tidak lokek untuk berkongsi berita itu kepada peminat.

"Kami akan mendapat anak lelaki. Selepas ini saya akan mempunyai dua lelaki paling menakjubkan dalam hidup saya. Lelaki pertama adalah Pique dan selepas ini, anak lelaki kami.

"Selepas dia lahir nanti, saya akan membawa dia membuat perjalanan amal. Saya mahu dia tahu, suatu hari nanti dia boleh mengubah dunia," ujarnya dalam sebuah program televisyen Jerman.

Malah, bagi memastikan kandungannya berada dalam keadaan selamat, Shakira sanggup mengurangkan aktiviti seninya dan Pique lebih gemar meluangkan masa bersama kekasihnya itu jika tidak terikat dengan latihan bola sepak. - Sinar Harian

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.