LAGU tema terbaru filem James Bond yand dinyanyikan penyanyi terkenal, Adele telah bocor di Internet, Isnin lalu.
Lagu untuk filem terbaru francais James Bond, Skyfall itu sepatutnya diperdengarkan kepada umum pada Jumaat ini selepas penyanyi itu memuat naik gambar kredit lagu itu di laman Twitternya baru-baru ini.
Selain itu, Jumaat ini juga genap ulang tahun ke- 50 filem pertama James Bond iaitu Dr No menemui penonton di pawagam.
Kebanyakkan pengkritik muzik menyatakan lagu itu seakan-akan lagu tema filem Bond terdahulu seperti Goldfinger dan Diamonds Are Forever nyanyian Dame Shirley Bassey.
Sebelum ini, Adele telah mengesahkan dia akan menyanyikan lagu tema filem terkenal itu selepas semua pihak serta peminatnya berteka-teki mengenai siapa penyanyi yang bakal menyanyikan lagu tema terbaru bagi filem perisik terkenal itu.
Gambar di laman Twitternya menunjukkan kulit muka depan untuk runut bunyi filem Skyfall itu.
Antara yang bekerjasama dengan Adele untuk lagu itu ialah penerbit P. Epworth yang juga merupakan penulis lirik lagu hit Adele sebelum ini, Rolling in the Deep. - Sinar Harian


0 comments:
Post a Comment