News Update :
Home » » Roket SpaceX silat letak satelit pada orbit

Roket SpaceX silat letak satelit pada orbit

Written By Admin on Monday, October 15, 2012 | 8:36 AM



Roket SpaceX
FLORIDA -Sebuah satelit prototaip komunikasi yang diangkut menggunakan roket Falcon 9 sebelum bersambung dengan kapal angkasa Space Exploration Technologies disahkan tersasar dari orbit.


Jurucakap Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) berkata, masalah itu berpunca ketika pelepasan roket Ahad lalu.



“Salah satu daripada sembilan enjin merlin yang menjanakan roket Falcon 9 ditutup awal,” katanya.



Falcon 9 dilepaskan Ahad lalu dari Lapangan Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat dengan kos AS$100 bilion (RM308 bilion) bagi merealisasikan projek angkasa lepas bagi 15 negara. - AFP - Sinar

Video dibawah menunjukkan saat Roket SpaceX yang baru berlepas ke ISS.

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.