News Update :
Home » » Peter Crouch laung amaran awal kepada Man United

Peter Crouch laung amaran awal kepada Man United

Written By Admin on Wednesday, October 17, 2012 | 2:27 PM


Peter Crouch
LONDON - Penyerang Stoke City, Peter Crouch melaungkan amaran awal sebelum berkunjung ke Old Trafford berdepan Manchester United dalam aksi Liga Perdana England, Sabtu ini.
Penyerang tinggi lampai England itu optimis Stoke mampu melakar keputusan positif di gelanggang keramat United.
Atas kertas, Stoke telah tewas empat kali di Old Trafford sejak kembali beraksi dalam Liga Perdana England pada 2008.
Selain bolos 13 gol, Stoke juga sekadar menjaringkan satu gol di Old Trafford.
Tetapi Crouch tetap optimis yang skuad kendalian Tony Pulis mampu mencipta kejutan berdasarkan permulaan positif Stoke pada permulaan saingan liga musim ini.
Untuk rekod, Stoke berjaya memungut lapan mata daripada tujuh perlawanan biarpun telah berdepan pasukan yang kuat seperti Chelsea dan Liverpool.
Malah, mereka juga berjaya mengekalkan rekod bersih di Stadium Britannia apabila berjaya mencuri satu mata ketika menentang Arsenal dan Manchester City sebelum ini.
"Ketika di Anfield (Liverpool) tempoh hari, ia merupakan satu perlawanan yang sukar tetapi kami berjaya meraih satu mata berharga.
"Jadi, saya percaya kami mampu mengulanginya ketika menentang United, Sabtu ini.
"Mungkin, kemenangan satu bonus tetapi keputusan seri sudah memadai buat kami.
"Menjadi tugas kami untuk mendapatkan sekurang- kurang satu mata di Old Trafford.
"Ia akan memberikan kelebihan moral buat kami bagi mengharungi saingan liga yang masih panjang selepas ini," kata Crouch. - Agensi - Kosmo

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.