News Update :
Home » » Luis Suarez dibidas sengaja menjatuhkan badan

Luis Suarez dibidas sengaja menjatuhkan badan

Written By Admin on Wednesday, October 17, 2012 | 2:02 PM



SUÁREZ (depan) didakwa masih terus 'berlakon'
walaupun beraksi pada peringkat antarabangsa
ketika Uruguay menentang Argentina baru-baru ini.
LIVERPOOL - Penyerang Liverpool, Luis Suárez sekali lagi 'diserang' dan kali ini giliran pemain Arsenal, Laurent Koscielny pula melabel penyerang Uruguay itu sebagai penipu.
Koscielny yang juga pemain antarabangsa Perancis memberitahu, Suárez cukup mudah merebahkan badan setiap kali diasak pemain lawan.
"Dia (Suárez) seorang penipu, dia bermain 'kotor'. Dia selalu menarik baju pihak lawan sebelum menjatuhkan badan dalam kotak penalti.
"Bagi saya, Suárez perlu berhati- hati jika tidak mahu dilayangkan kad merah. Ramai pemain dan pengurus lain marah dengan sikap Suárez," katanya.
Sebelum ini, bos Stoke City, Tony Pulis menyifatkan tindakan Suárez itu sebagai sesuatu yang memalukan dan meminta pemain itu digantung selepas bertindak menjatuhkan diri dalam pertembungan pada 7 Oktober lalu yang berkesudahan seri tanpa jaringan.
Selain itu, Suárez juga telah dikenakan kad kuning kerana perkara yang sama dalam perlawanan dengan Sunderland yang berkesudahan 1-1 bulan lalu.
Kata Koscielny, semasa Arsenal bertemu Liverpool pada 2 September lalu, mereka bersaing merebut bola di dalam kotak penalti sebelum Suárez tiba-tiba merebahkan badan.
"Suárez mendakwa dia berhak mendapat sepakan penalti tetapi bagi saya itu sesuatu yang mengarut," kata Koscielny. - Agensi - Kosmo

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.