![]() |
| Pesawat PAC-750 |
JAKARTA: Sebuah pesawat jenis PAC-750 milik Yayasan Tariku di Papua yang dilapor hilang sejak tengah hari Rabu, ditemui di kawasan bukit Dagi, dalam daerah Yahukimo, Papua, Khamis.
Pesawat itu ditemui di kawasan bukit setinggi 8,000 kaki, di daerah kecilDekai, pagi Khamis.
Belum ada laporan mengenai nasib juruterbang dan seorang penumpang pesawatitu.
"Pada masa ini pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang menuju ke lokasiuntuk mengeluarkan mangsa," kata Ketua Pusat Komunikasi Awam, KementerianPerhubungan Indonesia, Bambang S. Ervan di Jakarta, Khamis.
Pesawat itu yang sedang mengangkut barang-barang keperluan asas dari KampungKorbun menuju ke Dekai iaitu ibu daerah Yahukimo, berlepas dari Korupun padapukul 11 pagi semalam namun tidak lama kemudian ia terputus hubungan denganmenara kawalan udara. - BERNAMA


0 comments:
Post a Comment