News Update :
Home » » 4 hospital di Thailand berisiko banjir

4 hospital di Thailand berisiko banjir

Written By Admin on Friday, October 5, 2012 | 9:46 AM



BANGKOK: Empat hospital daerah di timur dan timur Thailand berdepan risiko dilanda banjir susulan ribut tropika yang dijangka berlaku hujung minggu ini.
Menteri Kesihatan Awam Wittaya Buranasiri dilapor hari ini sebagai berkata hospital terbabit kini diletak dalam keadaan berjaga-jaga.
Hospital berkenaan ialah Chaopraya - Aphibhubet di wilayah Prachinburi ditimur dan Mahanakornratchasrima, Pakthongchai serta Sotor Ladyao diNakornratchasrima, timur laut Thailand.
Ribut tropika Geami yang membawa hujan lebat dijangka melanda wilayah timur,timur laut dan tengah Thailand termasuk Bangkok bermula esok sehingga Isnin.
Setakat ini, hospital dalam subdaerah Tatoom di Prachinburi telah ditutupselepas ditenggelami air sedalam 60 cm.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi memberitahu hari ini, 30 wilayah akanmenerima kesan ribut tropika tersebut. BERNAMA

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.