News Update :
Home » » Pengasas Megaupload lancar website perkongsian baru

Pengasas Megaupload lancar website perkongsian baru

Written By Admin on Monday, October 15, 2012 | 8:28 AM



Pengasas Megaupload, Kim Dotcom
WELLINGTON - Pengasas laman perkongsian Megaupload, Kim Dotcom mengesahkan dalam perancangan melancarkan pengganti laman webnya yang ditutup itu, dengan perkhidmatan muzik dalam talian pada penghujung tahun ini.

Langkah dibuat Dotcom atau nama sebenarnya, Kim Schmitz, 38, dilihat bertujuan untuk memprovokasi pihak pendakwa dan kumpulan eksekutif hiburan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Dotcom, laman perkongsiannya adalah salah satu laman atas talian paling popular sebelum pihak pendakwa mengarahkannya ditutup selain mendakwa Dotcom melakukan kegiatan haram, Januari lalu.

Dotcom yang berasal dari Jerman, mengesahkan dia kini hampir menyiapkan projek terbarunya iaitu 'New Mega' dan 'Megabox' tetapi enggan mendedahkan butiran.

Pihak berkuasa AS kini, sedaya upaya cuba untuk mengekstradisi Dotcom dari New Zealand bagi menghadapi dakwaan melanggar undang-undang negara. - AP - Sinar

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.