News Update :
Home » » Mia Sara berhenti berlakon buat sementara waktu

Mia Sara berhenti berlakon buat sementara waktu

Written By Admin on Monday, October 8, 2012 | 8:35 AM



Mia Sara
BAPA pelakon comel, Mia Sara Nasuha Ridhuan, menafikan anaknya akan berhenti berlakon seperti didakwa media, sebaliknya hanya berehat bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Muhammad Ridhuan Muhammad Salleh berkata, peperiksaan itu akan berlangsung selama seminggu bermula minggu hadapan.

"Bagi memastikan Mia bersedia menghadapi peperiksaan, saya telah mengupah seorang tutor peribadi untuk memberikan latihan tambahan kepada Mia setiap hari Khamis, di sebelah pagi.

"Selepas habis sahaja peperiksaan, Mia akan kembali berlakon, cuma waktu ini masih belum ada tawaran baru," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Ketika dihubungi, Mia sedang berjalan di atas karpet merah bagi menghadiri Anugerah Blockbuster 2011 anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang diadakan di Shah Alam, malam tadi.

Dalam anugerah itu, Mia turut tercalon dalam kategori Heroin Terhebat.

Ketika ditanya tentang penerimaan kawan-kawan sekolah apabila melihat pelakon cilik itu di sekolah, Muhammad Ridhuan berkata, pada awalnya memang Mia sering dikerumuni rakan persekolahan yang mengagumi bakatnya sebagai pelakon, dia tidak pernah berasa terganggu.

"Mia seorang kanak-kanak yang tenang dan kuat semangat.

"Sekarang kawan-kawannya sudah biasa melihat Mia," jelasnya lagi.

Ketika ditanya sama ada Mia ada merungut penat kerana terpaksa berlakon dan dalam masa sama terpaksa menumpukan pada pelajaran, Muhammad Ridhuan menjelaskan, beliau tidak pernah memaksa anaknya menerima mana-mana tawaran.

Katanya, mungkin bulan-bulan sebelum puasa dulu tawaran berlakon agak banyak, namun selepas itu, sudah berkurangan dan memberikan peluang kepada Mia berehat.

Sinar Harian Online sempat bertanya mengenai matapelajaran kesukaan gadis cilik itu yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-7, 30 September lalu.

"Saya sangat suka subjek Matematik dan Sains.

"Kawan baik Mia pula bernama Farah Alia," katanya yang bercita-cita menjadi doktor itu. - Sinar Harian

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.