![]() |
| Andres Iniesta |
PEMAIN Sepanyol, Andres Iniesta dipilih sebagai Pemain Terbaik Euro 2012 selepas pertemuan akhir Euro 2012 menentang Itali, Isnin.
Pemain tengah Barcelona ini antara sepuluh pemain yang dipilih oleh
Ahli Jawatankuasa Teknikal Kesatuan Bola Sepak Eropah UEFA) selepas
menewaskan Itali 4-0 sekaligus mempertahankan gelaran sama yang diraih
empat tahun lalu.
Pengarah Teknikal UEFA, Andy Roxburgh berkata: "Pemilihan Iniesta
sebagai Pemain Terbaik Euro 2012 berdasarkan kreativiti, pemandangan
tajam dalam bola sepak dan juga seorang yang rendah diri."
Selain itu, Steven Gerrard merupakan satu-satu pemain England yang
turut dicalonkan selain enam pemain Sepanyol yang beraksi pada pasukan
utama Vicente Del Bosques yang menggunakan formasi 4-6-0.
Tiga lagi calon yang terpilih ialah penyerang Itali, Andrea Pirlo,
Mesut Ozil (Jerman) dan bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo.
Gerrard dan seorang lagi calon dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic
merupakan dua pemain dari pasukan yang tidak layak ke separuh akhir.
"Gerrard bermain sangat baik dan telah mempamerkan tanggungjawab sebagai kapten yang berkualiti.
"Pirlo sngat mengagumkan, Xavi berpeluang memenangi gelaran ini
(seperti Euro 2008) manakala Xabi Alonso sangat cemerlang," tambah
Roxburgh. - mStar


0 comments:
Post a Comment