News Update :
Home » » Pelakon seksi Dewi Persik berlakon dengan Mr. Bean

Pelakon seksi Dewi Persik berlakon dengan Mr. Bean

Written By Admin on Wednesday, May 30, 2012 | 5:48 PM



DEWI Persik memakai kostum Cat Woman bersama patung Mr. Bean semasa promosi filem Mr. Bean Kesurupan Depe di Jakarta baru-baru ini. - AGENSI

JAKARTA 29 Mei - Penyanyi dangdut Indonesia, Dewi Persik menafikan dakwaan banyak pihak yang menyatakan aktor Rowan Atkinson tidak berlakon bersamanya dalam filem Mr. Bean Kesurupan Depe, sedangkan ia benar-benar berlaku.

Dewi yang sedih dengan dakwaan itu turut mencabar pihak yang membuat tuduhan tersebut supaya menampilkan bukti terhadap filem yang kini sedang ditayangkan di pawagam Indonesia.

"Ya, saya kecewa, ramai yang tidak percaya dan meragui saya. Pasti mereka menganggap saya bermimpi.
"Biarlah mereka cakap apa yang mereka mahu. Masakan Dewi Persis tidak boleh berlakon bersama Mr. Bean (Atkinson). Kalau masih tidak percaya, sila tonton filem itu," katanya kepada Kapanlagi.com ketika ditemui di Bulatan HI, dekat sini, semalam.

Atkinson menurut penilaian Dewi adalah seorang yang tidak kelakar kerana dia amat serius dan tidak banyak bercakap, malah sedikit gagap.

Katanya, tiada babak yang memerlukan dia bercakap dengan Atkinson dan penggambaran bersama watak Mr. Bean itu hanya berlangsung untuk tempoh dua hari.

"Jalan cerita filem ini mengisahkan tentang saya yang mengidam untuk menjadi Cat Woman kerana sedang hamil, namun saya mati kerana digergaji.

"Oleh itu, Mr. Bean hidup semula setelah Cat Woman melompat ke atas mayatnya lalu terus mengikuti ke mana sahaja Cat Woman pergi," katanya. - AGENSI - Utusan Malaysia

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.