News Update :
Home » » 15 maut gempa bumi 5.9 skala ritcher di Itali

15 maut gempa bumi 5.9 skala ritcher di Itali

Written By Admin on Wednesday, May 30, 2012 | 5:43 PM



Beberapa penduduk memerhatikan sebuah bangunan yang
 runtuh akibat gempa bumi sekuat 5.9 pada skala Richter
 yang menggegar di Cavezzo berhampiran
Modena, di Rom, Itali, semalam. - REUTERS

ROM 29 Mei - Sekurang-kurangnya 15 maut manakala 200 cedera apabila satu gempa bumi kuat berukuran 5.9 pada Skala Richter menggegarkan timur laut Itali, hari ini.

Kejadian itu berlaku sembilan hari selepas gempa bumi melanda kawasan yang sama, menyebabkan enam terbunuh manakala ramai kehilangan tempat tinggal.

Menurut Institut Geografi Modena, gempa bumi itu berpusat kira-kira 60 kilometer ke timur bandar Parma.
Tiga daripada 15 mangsa yang terbunuh dipercayai tertimbus apabila sebuah kilang runtuh di San Felice sul Panaro.

Dua lagi mangsa maut di pekan Mirandola, manakala masing-masing seorang di Concordia dan Finale.
Mangsa seterusnya yang merupakan seorang paderi, ditemui maut di pekan Rovereto di Novi, namun pihak polis tidak menyatakan sama ada kematiannya akibat gempa bumi atau sebaliknya.

Gempa bumi tersebut turut dirasai di bahagian utara dan tengah Itali, sekali gus menyebabkan beberapa runtuhan bangunan.

Di Pisa, rumah-rumah dan bangunan dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga manakala di Bologna, perkhidmatan kereta api ke Milan, Verona dan Modena dihentikan buat seketika.

Pada 20 Mei lalu, gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter di kawasan yang sama menyebabkan enam penduduk maut dan beribu-ribu yang lain kehilangan tempat tinggal. - AFP - Utusan Malaysia

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.