![]() |
| Nicol David - Pemain skuasy nombor satu dunia |
PEMAIN nombor satu skuasy dunia, Nicol David tidak berdepan masalah untuk merangkul gelaran juara Terbuka British buat kali keempat, selepas menewaskan pemain muda Mesir, Nour El Sherbini 11-6,11-6,11-6 dalam perlawanan akhir di O2 Arena, London, malam tadi.
Nicol yang memasuki final kejohanan untuk kali kelima dan menjuarainya pada 2005, 2006, 2008 dan 2012 menamatkan saingan dalam tempoh kurang sejam meskipun berdepan tentangan dari Sherbini yang baru berusia 16 tahun.
Nicol yang menjadi pilihan utama kejohanan, mara ke final selepas menewaskan pemain tuan rumah, Laura Massaro yang juga pilihan ketiga kejohanan, 11-5, 11-8, 11-4 dalam masa 39 minit, kelmarin.
Kejuaraan itu adalah koleksi keempat buat dirinya tahun ini selepas menjuarai Siri Final Dunia Januari lalu, Klasik Cleveland (Februari) dan Terbuka Kuala Lumpur, sebulan selepas itu.
Pada pertemuan mereka sebelum ini di Terbuka Dunia 2011 di Rotterdam, kemenangan berpihak kepada Nicol tatkala Sherbini bergelut dengan kecederaan lutut. - Berita Harian


0 comments:
Post a Comment