![]() |
| Fernando Torres |
SCHRUNS-TSCHAGGUNS, Austria - Penyerang Sepanyol, Fernando Torres mendakwa dia kini berada dalam tahap prestasi luar biasa dan berharap diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan pasukannya pada Euro.
Penyerang Chelsea berusia 28 tahun itu mengalami kemerosotan prestasi dan hilang keyakinan dalam aksinya bersama kelab dan pasukan negara sejak menjadi sebahagian daripada pemain yang menjulang Sepanyol pada Piala Dunia 2010.
Namun, setelah disenaraikan dalam skuad Vicente del Bosque dan membantu Chelsea menewaskan Bayern Munich pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Torres berkata, dia benar-benar bersedia untuk bermain.
"Sepanyol bersedia untuk memberikan yang terbaik. Prestasi saya bertambah baik sejak musim berakhir dan saya percaya saya kini berada pada prestasi luar biasa," kata Torres.
Torres, yang hanya menjaringkan enam gol dalam perlawanan liga musim lepas, mengakui ketiadaan penjaring terbanyak Sepanyol, David Villa akibat kecederaan dan bintang pertahanan Carles Puyol amat dirasai pasukannya.
"Kami akan cuba dan melakukan sesuatu kerana dua pemain ini yang tidak dapat beraksi walaupun sedar ia bukan mudah," kata Torres.
Sepanyol akan membuka kempen mempertahankan kejuaraan Euro menentang Itali pada 10 Jun, diikuti pertemuan dengan Republik Ireland 14 Jun di Warsaw dan aksi terakhir Kumpulan C menentang Croatia pada 18 Jun. - AFP - Utusan Malaysia


1 comments:
inilah waktu torress untuk bersinar kembali!
Post a Comment