News Update :
Home » » Aksi Drogba dan Peter Cech julang Chelsea

Aksi Drogba dan Peter Cech julang Chelsea

Written By Admin on Monday, May 21, 2012 | 11:08 AM


"PETR Cech sentiasa menjadi penjaga gol terbaik dunia. Semua aksi menyelamatnya membawa kami ke tahap genting itu, jadi apabila saya mengambil sepakan (penalti), saya mahu menjaringkan gol untuknya, dan untuk rakan sepasukan lain."

Itu pengakuan Didier Drogba ketika melangkah untuk mengambil sepakan penalti terakhir, sebelum menyumbat gol yang menghadiahkan kemenangan 4-3, dan kejuaraan Liga Juara-Juara buat Chelsea di gelanggang keramat Bayern Munich, Allianz Arena, awal pagi semalam.


Dihantui memori gagal menjaringkan sepakan penalti pada Piala Negara Afrika ketika Ivory Coast menentang Zambia Februari lalu, Drogba mengakui, walaupun bersikap tenang, fikirannya agak terganggu apabila melayang mengingati saat kegagalan di Libreville itu.

“Jadi saya tidak mahu menghampakan Cech, yang sebelum itu menafikan sepakan penalti Arjen Robben sebelum menampan pula sepakan Ivica Olic ketika penentuan,” kata penyerang 34 tahun itu. - Berita Harian

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.