Dua buah kelab bolasepak amatur di England iaitu Leeds Badgers and Bristol Academy mengadakan perlawanan bolasepak amal selama 36 jam tanpa henti! Perlawanan yang diadakan pada April 2009 menjadi rekod dunia untuk perlawanan bolasepak paling lama di dunia dengan menghasilkan lebih 500 gol.
Perlawanan tersebut dimenangi oleh Leeds Badgers dengan keputusan 285 gol mengatasi Bristol Academy yang hanya menjaringkan 255 gol. Penyerang Leeds Badgers iaitu Adam McPhee menjaringkan 75 gol untuk merangkul anugerah kasut emas dalam perlawanan itu.


0 comments:
Post a Comment