Video PSY - Gangnam Style sudahpun mencapai lebih 400 juta view di Youtube dalam masa kurang dari 3 bulan selepas video tersebut diupload pada 15 Julai yang lepas. Pada artikel ini ditulis pada 8 Oktober 2012, jumlah view setakat ini sudahpun mencecah 400,273,842 views. Menakjubkan!
Gangnam Style menjadi fenomena dunia hari ini apabila ia mula diperkenalkan oleh penyanyi rap Korea, PSY.
Nama PSY terus melonjak naik sebaik sahaja video PSY - Gangnam Style diupload ke Youtube. Bukan itu sahaja, fenomena ini telahpun tersebar ke Eropah dimana terdapat video artis terkenal antarabangsa yang cuba membuat Gangnam Style.
Selain itu, pada artikel ini ditulis, lagu PSY - Gangnam Style sudahpun menduduki tangga ke-2 dalam carta Billboard 100 dimana kebanyakannya didominasi oleh penyanyi Eropah. Suatu yang membanggakan apabila rakyat Asia dapat menyaingi penyanyi terkenal di Eropah.
Mampukah video PSY - Gangnam Style menyaingi jumlah view klip video Justin Bieber ft. Ludacris - Baby di Youtube yang sudah mencapai 786,167,740 views setakat ini di Youtube?


0 comments:
Post a Comment