![]() |
| Gambar hiasan |
GEORGE TOWN: Sepasang kekasih dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis selepas didapati bersalah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan memperoleh wang tebusan RM200,000, tiga tahun lepas.
Lai Khan Mei, 35, dan teman wanitanya, Gao Bingju, 25, seorang warga China, didapati bersalah melarikan dan mengurung kanak-kanak itu di sebuah rumah di Taman Gemilang Ria, Bukit Mertajam, dekat sini, kira-kira pukul 5.30 petang, 19 Disember 2009.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Amin Firdaus Abdullah turut menjatuhkan hukuman15 kali sebatan terhadap Lai selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkansebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau berkata mahkamah menolak keterangan Lai yang mengatakan wang yang ditemui ketika dia dan Gao ditangkap di Genting Highlands adalah pemberian kawan-kawannya.
"Mahkamah mendapati keterangan dikemukakan pihak pendakwaan berjaya membuktikan identiti kedua-dua tertuduh terlibat dalam kes ini," katanya.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersamaSeksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim danShakila Banu Sheik Allaudeen manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam KuAbdul Rahman Ku Ismail. - BERNAMA


0 comments:
Post a Comment