News Update :
Home » » Pasang langsir dan pelekat cermin kenderaan dilarang

Pasang langsir dan pelekat cermin kenderaan dilarang

Written By Admin on Saturday, October 13, 2012 | 9:08 AM

MEMASANG langsir dan pelekat pada tingkap kenderaan adalah satu kesalahan dan amalan ini boleh menyebabkan pemilik kenderaan dipenjara jika mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah.
Walaupun langsir digunakan untuk melindungi pemandu dan penumpang daripada silau dan haba matahari, ramai yang tidak sedar bahawa memasangnya adalah satu kesalahan.
Pemasangan langsir hanya dibenarkan pada bas, 'caravan' dan van yang digunakan untuk membawa pelajar sekolah.

Beliau menambah jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 dan / atau penjara tidak melebihi dua minggu untuk kesalahan pertama.
Bagi kesalahan berikutnya, pemandu ingkar boleh didenda tidak melebihi RM1,000 dan / atau penjara tidak melebihi satu bulan.
Kaedah 4(1) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa langsir, bidai atau bahan lain tidak boleh dipasang dalam kenderaan bermotor untuk melindungi bahagian dalam kenderaan itu.
Kaedah 5(1) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi 70 peratus manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50 peratus.
Yusoff berkata pengeluar kereta Malaysia telah menetapkan 15 peratus standard penghalang cahaya, yang membolehkan 85 peratus cahaya matahari memasuki tingkap.
"Kami tidak menerima sebarang aduan berkaitan pemasangan pelekat penghadang cahaya tingkap secara haram daripada pengeluar tempatan. Kami hanya menghadapi masalah ini terhadap kenderaan 'recon' atau diimport," katanya. - mStar online

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.