News Update :
Home » » Keputusan La liga Barcelona 2 - 2 Real Madrid 7/10/2012

Keputusan La liga Barcelona 2 - 2 Real Madrid 7/10/2012

Written By Admin on Monday, October 8, 2012 | 8:12 AM



Pertembungan El Classico antara Barcelona dan Real Madrid menyaksikan pertembungan antara 2 bintang bolasepak dunia iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perlawanan La Liga pada 7 Oktober 2012 tersebut berkesudahan seri 2-2 dengan 2 bintang utama Messi dan Ronaldo masing-masing menyumbat 2 gol.

Ronaldo berjaya mendiamkan penyokong tuan rumah Barcelona apabila meledak gol pertama Real Madrid pada minit ke-23. Walau bagaimanapun Messi tidak menunggu lama untuk menghasilkan jaringan buat pasukan tuan rumah apabila menolak bola muntah didepan gol melepasi penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas pada minit ke-31.

Messi sekali lagi menceriakan penyokong tuan rumah apabila mengjaringkan gol hasil tendangan percuma yang cantik pada minit ke-61. Ronaldo sekali lagi menjadi penyelamat Real Madrid apabila menghadiahkan gol kedua dalam perlawanan pada minit ke-66. 

Ronaldo menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol pada pertembungan El Calssico dalam 6 perlawanan. Barcelona masih kekal di tangga teratas La Liga Sepanyol musim 2012/2013 dengan 19 mata manakala Real Madrid masih di tangga ke-7 dengan 11 mata. Saksikan video highlight penuh perlawanan La Liga antara Barcelona dan Real Madrid yang berlangsung pada 7 Oktober 2012 dibawah.


Barcelona 2-2 Real Madrid - All Goals by goalsarena2012-3

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.