News Update :
Home » » Kambing biri-biri pelik dengan kepala terbalik

Kambing biri-biri pelik dengan kepala terbalik

Written By Admin on Monday, October 8, 2012 | 10:03 AM




Menemui sesuatu benda yang pelik, sememangnya akan menjadi perhatian ramai kerana ia bukan lagi termasuk dalam sifat normal. Kali ini pula terjadi kepada seekor kambing biri-biri. Kalau sekali pandang, tiada yang pelik pada biri-biri ini, tetapi sebaik saja ia dilihat lebih dekat, ternyata ada yang tak kena padanya. Ketika ia leka meragut rumput, ramai yang terkejut apabila melihat biri-biri ini berkepala terbalik. Pemiliknya memaparkan imej berkenaan di YouTube bertegas mendakwa ia asli.
 

Ia ditonton hampir 50,000 kali dalam tempoh lima hari. Allan McNamara, dari Middlesbrough, Yorkshire Utara, berkata dia ternampak biri-biri berkenaan ketika bersiar-siar di pinggir kampung dengan seorang rakan. Kata juruteknik komputer itu, tulang belakang yang terpusing mungkin menyebabkan kepala biri-biri berkenaan terbalik.

“Kami memang sukar mempercayai apa yang kami lihat,” katanya. Menurut McNamara, 30, dia tidak dapat mengingat lokasi ladang tempat dia melihat biri-biri berkenaan, sebaliknya hanya mendakwa ia terletak di England. - IslamItuSuci.com

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.