News Update :
Home » » Debat isu ekonomi antara Barrack Obama dan Romney

Debat isu ekonomi antara Barrack Obama dan Romney

Written By Admin on Friday, October 5, 2012 | 9:55 AM


Presiden Barrack Obama berdebat dengan pencabarnya
Mitt Romney dari Republikan

DENVER: Presiden Barack Obama dan pencabarnya Mitt Romney dari Republikan pada Rabu memperjuangkan isu-isu ekonomi dalam perdebatan yang boleh membantu pengundi membuat keputusan calon untuk disokong dalam pilihan raya 6 November.
Romney memerlukan kemenangan dalam pertemuan 90 minit untuk membantu meletakkan kempen beliau kembali pada kedudukan yang positif.
Obama, mempunyai sedikit kelebihan dalam pemilihan kebangsaan ini dan mendahului Romney di beberapa negeri sebelum pilihan raya akan diputuskan, sedang mencari prestasi yang sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kedudukan beliau terjejas.
Kedua-dua calon mengupas isu-isu ekonomi yang menjadi tema dalam debat yang diadakan di Universiti of Denver, dengan Obama berhujah mengenai rancangan beliau yang akan membawa kepada pertumbuhan pekerjaan yang kukuh manakala Romney mendakwa dasar Obama telah gagal untuk menghidupkan seluruh ekonomi dan mengaitkannya dengan pengangguran 8.1 peratus. - mStar Online
***Di Malaysia, "Debat bukan budaya kita". PM yang cakap.

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.