PIHAK Billboard Amerika Syarikat mengakui sangat tertarik dengan
kumpulan K-Pop terkenal, Wonder Girls yang popular dengan lagu Nobody.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak Billboard memuji lagu terbaru mereka, Like This dan menyamakan kualiti vokal mereka seperti Beyonce Knowles ketika menyanyikan lagu Get Me Bodied.
Dalam kenyataan sama, mereka juga memuji klip video rasmi lagu berkenaan yang ditampilkan dalam suasana segar dan konsep baru yang akan menjadi ikutan penyanyi K-Pop lain.
Lagu Like This kini menduduki tangga pertama untuk minggu keempat bulan Jun dalam carta K-Pop Hot 100. Selain itu, single mereka, Girlfriend turut menduduki tangga ke-27. - Sinar Harian

0 comments:
Post a Comment