News Update :
Home » » Review filem The Amazing Spiderman 2012

Review filem The Amazing Spiderman 2012

Written By Admin on Tuesday, July 3, 2012 | 1:36 PM


Selepas kejayaan tiga siri filem Spider-Man, kini superhero yang terkenal dengan kuasa istimewa seperti labah-labah itu akan kembali menggegarkan panggung. Bagaimanapun, The Amazing Spider-Man yang akan menemui penonton di pawagam 5 Julai ini bukanlah kesinambungan trilogi filem terdahulu.

Sebaliknya, ia merupakan sebuah kisah Spider-Man yang baru dan lebih menumpukan kepada sejarah di sebalik kehidupan adi wira itu. Malah, watak Peter Parker atau Spider-Man bukan lagi milik aktor Tobey Maguire, sebaliknya dipegang oleh Andrew Garfield yang telah melalui siri uji bakat sebelum terpilih.

Sementara, kekasih Garfi eld, Emma Stone menggalas watak sebagai Gwen Stacy dalam filem yang telah membibitkan cinta antara mereka ini. Menurut pengarahnya, Marc Webb,
kelainan The Amazing Spider-Man adalah jalan ceritanya yang belum pernah ditampilkan dalam kisah Spider-Man yang lalu.

Antaranya ialah misteri di sebalik kehilangan ayah Parker ketika usianya masih kanak-kanak. Selain itu, tumpuan utama adalah watak Parker sendiri yang berusaha mencari identiti sebenar dirinya.

“Saya ingin memberikan penonton sesuatu yang baru, jadi filem ini dimulakan dengan kisah orang tuanya. “Parker cuba membongkar rahsia beg bimbit milik ayahnya dan dari situlah
berlaku kisah seterusnya yang membawa kepada permulaan seorang superhero,” katanya seperti dipetik oleh Aceshowbiz.

Calon palin g tepat

PEMILIHAN pelakon utama ternyata bukan sesuatu yang mudah dan Webb sendiri terlibat dalam proses ini. Daripada lima calon yang tersenarai pendek, akhirnya Webb memilih Garfi eld atas beberapa faktor.

"Garfield adalah individu yang tepat untuk menterjemahkan watak Parker yang masih remaja dan berada di sekolah tinggi. "Lagipun, saya dapat merasakan keserasian antara Garfield dan Stone ketika ujian lakonan mereka," katanya.

Sementara itu, Garfi eld cuba membawa watak Parker dan Spider-Man tanpa dibayangi pelakon asal, Maguire. "Saya sangat mengagumi cara Maguire membawakan watak ini sehingga meninggalkan impak kepada penonton.

"Mungkin agak sukar untuk saya menjayakan karakter ini dengan 'nafas' baru, tapi saya harap penonton menyukainya," katanya yang menjadikan pengalamannya ketika remaja sebagai inspirasi bagi menghidupkan peranan itu.

Imej baru

BAGI menampilkan imej segar untuk Spider-Man, kostum baru telah direka dengan warna biru lebih mendominasi berbanding merah. Selain terdapat simbol labah-labah di dada Spider-Man, susuk tubuh superhero ini juga kelihatan lebih ramping.

Kostum Spiderman turut dilengkapi alat khas berupa gelang yang mampu mengeluarkan jaring labah-labah, bukan secara semula jadi seperti filem terdahulu. The Amazing Spider-Man turut ditayangkan format 3D dan sekuelnya dijangka dilancarkan pada Mei 2014. - Sinar Harian

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.