News Update :
Home » » Pemain MU Park Ji-Sung bakal berpindah ke QPR

Pemain MU Park Ji-Sung bakal berpindah ke QPR

Written By Admin on Saturday, July 7, 2012 | 11:09 AM


QUEENS Park Rangers telah mencapai persetujuan untuk membeli pemain tengah Manchester United (MU), Park Ji-sung untuk beraksi bersama kelab itu pada persaingan musim akan datang.

Laporan BBC menyebut bahawa Fi perpindahan difahamkan sekitar £5 juta (RM24 juta) memandangkan pemain itu masih mempunyai satu tahun kontrak bersama MU.

Portal soccernet.espn pula berkata belum ada maklumat tepat mengenai kadar perpindahan.

Katanya, peranan Ji-Sung, 31, bersama MU pada musim lalu telah dikurangkan meskipun dia masih seorang pemain yang berpengaruh.

Kontrak bersama MU disambung setahun lagi pada musim panas lalu.

Satu sidang media berkenaan perkara itu akan diadakan Isnin ini oleh Pengerusinya, Tan Sri Tony Fernandes, tokoh perniagaan dari Malaysia.

Bekas kapten pasukan Korea Selatan itu telah muncul 133 kali pada persaingan Liga Perdana Inggeri untuk kelab MU.

Dia berpindah dari kelab PSV Eindhoven pada 2005 pada harga £4 juta. Ji-sung telah membantu MU memenangi empat gelaran Liga Perdana dan Liga Juara. - Sinar Harian

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.