![]() |
| Gambar hiasan |
JOHANNESBURG: Peluncur air Afrika Selatan
terselamat daripada serangan ikan jerung berukuran sehingga 15 kaki di
pantai popular di selatan negara ini pada hari Jumaat, kata penyelamat.
Jacque Mostert, 29, telah diserang dan cedera ketika dia sedang
meluncur dalam percutian di Stilbaai, wilayah Barat Cape, Menezies Rico
dari Institut Penyelamat Laut Negara berkata dalam satu kenyataan.
"Dia sedang meluncur dengan rakan-rakan dan rakan peluncur lain yang
menyaksikan kejadian itu memindahkannya dari air," kata Menezies.
Beliau berkata jerung spesies yang tidak dikenali berukuran antara
empat hingga 4.5 meter (sehingga 15 kaki) menggigit bahagian kakinya dan
telah dibawa ke hospital kerana mengalami luka serius dan kehilangan
darah.
Keadaannya telah digambarkan sebagai "serius tetapi stabil". - mStar Online


0 comments:
Post a Comment