News Update :
Home » » Man United terus buru pemain baru, Joao Moutinho

Man United terus buru pemain baru, Joao Moutinho

Written By Admin on Saturday, July 7, 2012 | 11:21 AM


Joao Moutinho bakal sertai MU?
PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson dilaporkan bersedia membawa dua lagi muka baru ke Old Trafford menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bermula Ogos ini.

The Red Devils ketika ini sudah memiliki dua pemain baru iaitu bintang tengah Jepun, Shinji Kagawa daripada Borussia Dortmund dan pemain muda meningkat naik, Nick Powell daripada Crewe.

Terbaru, United dikhabarkan mahu menyunting khidmat James Rodriguez dan Joao Moutinho daripada FC Porto. Malah, sumber kelab itu mendedahkan Ferguson cuba memancing pemain tengah Tottenham Hotspur, Luka Modric. "Kami berharap dapat memiliki seorang lagi pemain atau lebih untuk memperkuatkan pasukan," katanya menerusi saluran MUTV. - Sinar Harian

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.