LOS ANGELES: Bintang pop Justin Bieber telah
disaman kerana memandu kereta 'sport' mesra alam melebihi had laju di
Los Angeles pada hari Jumaat, dan polis berkata mereka sedang menyiasat
laporan bahawa beliau telah dikejar oleh jurugambar paparazzi.
Penyanyi berusia 18 tahun sedang memandu kereta Karma Fisker, kereta
elektrik-hibrid mewah di bahagian barat Los Angeles, apabila dia ditahan
oleh pegawai Peronda Lebuh Raya California pada kira-kira pukul 10.45
pagi.
Penghibur kelahiran Kanada ini memberitahu pegawai polis bahawa
beliau telah dikejar oleh paparazzi, tetapi sebuah kereta kedua yang
dilihat polis mengejar kenderaan penghibur ini pada kelajuan tinggi
terlepas tanpa dihentikan, kata jurucakap Peronda Lebuhraya.
Bieber, yang polis gambarkan sebagai sopan dan berkerjasama apabila
ditahan, telah dikeluarkan saman trafik kerana memecut dan dibebaskan,
jurucakap CHP Saul Gomez berkata.
Beliau menambah Bieber telah dikenakan kesalahan memandu 80 batu sejam (129km/jam) di zon 105km/jam.
Tetapi anggota majlis bandar Los Angeles yang kebetulan memandu di
bahagian lebuh raya pada masa itu berkata Karma Fisker yang memotongnya
telah memecut sekurang-kurangnya 160km/jam secara agresif dari satu
lorong ke lorong yang lain.
"Beliau telah memandu dalam cara yang cuai, melulu," kata anggota majlis Dennis Zine kepada Reuters.
"Hanya kerana dia selebriti tidak bermakna dia boleh membahayakan
nyawa dan harta benda," kata Zine, seorang veteran berusia 40 tahun di
Jabatan Polis Los Angeles yang masih didaftarkan sebagai pegawai rizab
LAPD.
Pengurus Bieber, Scooter Braun, mahupun Melissa Victor dari rekod label bersedia untuk memberi komen.
Tetapi Braun yang dipetik dari laman web berita selebriti TMZ
menganggap Zine sebagai "anggota majlis yang mencari tajuk berita
panas."
Zine yang tidak puas hati dengan komen itu berkata CHP telah menerima
911 panggilan dari kira-kira 10 pemandu kenderaan lain yang melaporkan
kereta lebuh raya yang memandu laju. - mStar Online


0 comments:
Post a Comment