News Update :
Home » » Gagal kawal diri punca remaja terjebak gejala sosial

Gagal kawal diri punca remaja terjebak gejala sosial

Written By Admin on Sunday, July 8, 2012 | 7:50 AM


Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Gagal mengawal diri sendiri menjadi antara punca remaja terjebak gejala sosial seperti bohsia sehingga tergadai maruah diri.

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, walaupun ada antara gejala itu berlaku kerana masalah ibu bapa, tetapi kawalan diri sendiri perlu bagi mengelakkan mereka terjebak gejala tidak elok.

“Remaja bermasalah terbabit melakukan perkara sedemikian kerana sikap mereka tidak mampu mengawal diri dan melakukannya dengan rela hati. Jangan salahkan orang 100 peratus apabila masalah ini terus berlaku.

“Sebagai contoh, remaja lain yang tidak mempunyai ibu bapa atau tinggal di kawasan pelacuran dan dadah masih ada yang mempunyai pendirian tidak melakukan perkara terkutuk,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hanafi berkata, wujud keadaan apabila remaja yang mempunyai pendidikan agama baik, tetapi terjebak gejala sosial kerana faktor sama iaitu hilang kawalan diri.

“Apabila hilang kawalan diri atau tiada pendirian, mereka terus hanyut dengan dosa. Untuk mengatasi masalah ini, mereka perlu pertingkat iman,” katanya. - Harian Metro

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.