News Update :
Home » » Budak perempuan 8 tahun maut akibat selesema burung

Budak perempuan 8 tahun maut akibat selesema burung

Written By Admin on Sunday, July 8, 2012 | 1:02 AM


JAKARTA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut akibat selesema burung dalam kes kematian kelapan di negara itu ekoran wabak berkenaan tahun ini.

Kementerian Kesihatan berkata, mangsa dari daerah Karawang di Jawa Barat mati Selasa lalu di Hospital Jakarta tempat dia dirawat sejak 28 Jun lalu.

Mangsa diserang demam pada 18 Jun lalu, sehari sebelum pergi bercuti ke Singapura, di mana doktor mendiagnosis dia menghidap laringitis, kata kementerian itu semalam di laman webnya. Dia pulang ke Indonesia lima hari selepas itu dan dirawat di Hospital Karawang sebelum dipindahkan ke Jakarta.

Kementerian itu berkata, mangsa mungkin bersentuhan secara langsung dengan ayam disembelih yang dibeli oleh bapanya dari pasar.

Selesema burung telah membunuh lebih 350 orang di seluruh dunia, Indonesia mencatatkan 158 kematian akibat wabak itu. - tribune news 

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.