MANILA: Dua lelaki maut selepas digilis kereta api di Ragay, Camarines Sur sebelum waktu Subuh, semalam.
Jurucakap Kereta Api Nasional Filipina (PNR), Paul de Quiros mengenal
pasti mangsa sebagai Jeffrey Carpo, 22 dan Beni Tatodo, 23.
De Quiros berkata, dua mangsa yang mabuk itu berbaring dan tidur di landasan kereta api itu.
Kereta api Ekspres Bicol gagal menyedari ada dua lelaki sedang
berbaring di landasan dan melanggar mereka. Nahas itu berlaku pada jam
3.30 pagi.
De Quiros berkata, PNR sedia menyalurkan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa. - Manila Times


0 comments:
Post a Comment