News Update :
Home » » Robin Van Persie tangguh kontrak baru bersama Arsenal

Robin Van Persie tangguh kontrak baru bersama Arsenal

Written By Admin on Saturday, May 19, 2012 | 8:37 AM



ROBIN VAN PERSIE (RVP) kini benar-benar membuatkan Arsenal gundah gulana apabila dia menangguhkan dahulu perbincangan berhubung kontrak barunya serta enggan menandatangani cadangan kontrak baru yang disediakan oleh kelab itu.
Sebaliknya RVP mahu terlebih dahulu melihat apakah tawaran yang akan dibentangkan oleh kelab-kelab lain yang berminat untuk memperolehi khidmatnya.
Manchester City dan Juventus adalah dua buah kelab yang secara terbuka menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmat penjaring gol terbanyak Liga Perdana musim ini.
Ini sekaligus mencetuskan spekulasi baru yang RVP benar-benar mahu menyahut cabaran baru di tempat lain.
Pada Rabu lalu, pemain itu telah memulakan rundingan secara rasmi dengan Pengurus Arsenal, Arsène Wenger dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ivan Gazidis di London berhubung kandungan kontrak baru.
Portal berita akhbar The Guardian London dalam laporan terbaru mereka menyebut, kontrak baru yang dikemukakan oleh Arsenal kepada RVP adalah di dalam lingkungan £130,000 seminggu termasuk bayaran tunai £5 juta sebaik sahaja dia menandatangani kontrak tersebut.
Kontrak lama RVP akan tamat lebih kurang 12 bulan dari sekarang dan jika Arsenal gagal memperolehi tandatangannya untuk kontrak baru, dia akan menjadi seorang ejen bebas dan oleh hal yang demikian Arsenal tidak akan memperolehi apa-apa bayaran perpindahan sekiranya pemain itu berhijrah ke kelab lain.
RVP kini telahpun kembali ke tanah airnya Belanda pada Khamis untuk menyertai sesi latihan bersama skuad kebangsaan yang sedang membuat persediaan untuk kejohanan Euro 2012. - mStar

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.