CHINA layak ke perlawanan akhir Piala Thomas selepas dengan mudah menumbangkan Jepun 3-0 pada saingan separuh akhir di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan sebentar tadi.
Pemain perseorangan pertama China, Lin Dan meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan cabaran Sho Sasaki di kedua-dua set biarpun ditentang sengit - 23-21 dan 21-17.
Pasangan beregu China, Cai Yun/Fu Haifeng menjadikan kedudukan 2-0 selepas menewaskan beregu Jepun, Shoji Sato/Naoki Kawamae 25-23 dan 21-18.
Jepun yang mengharapkan sentuhan ajaib Kenichi Tago untuk menghidupkan peluang ke final musnah apabila dia tunduk kepada Chen Long 21-13, 21-16 dalam masa satu jam.
Pada aksi final yang akan berlangsung Ahad ini, perlawanan China menentang Korea pastinya akan menjadi sengit nanti.
Apatah lagi China yang beraksi di bumi sendiri. Korea mungkin mempunyai strategi tersendiri untuk melakukan kejutan untuk menumbangkan China di hadapan peminat mereka.
China merupakan juara bertahan dan sudah menjulang Piala Thomas sebanyak tujuh kali. - Sinar Harian
Keputusan separuh akhir Piala Thomas
China (3) mln Jepun (0)
Lin Dan menewaskan Sho Sasaki 23-21, 21-17
Cai Yun/Fu Haifeng menewaskan Shoji Sato/Naoki Kawamae 25-23, 21-18
Chen Long menewaskan Kenichi Tago 21-13, 21-16

.jpg)
0 comments:
Post a Comment