![]() |
| Datuk Sharifah Aini |
Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Damansara, ekoran jangkitan kuman pada paru-parunya.
Rakan baiknya, Shamim Faiz berkata, selain jangkitan kuman, kesibukan Sharifah Aini memenuhi persembahan dan beberapa program hiburan menyebabkan beliau tidak mendapat rehat yang secukupnya.
“Saya tidak pasti berapa hari beliau akan di tahan di hospital, mungkin sehingga dia benar-benar pulih dan doktor kini memberi ubat antibiotik kepadanya.
“Saya tidak bersama dengan dia ketika dia dimasukkan ke hospital dan saya hanya tahu perkara ini selepas dimaklumkan oleh beliau,” katanya kepada Zass.
Sebelum itu, berita mengenai kesihatan penyanyi Bunga Tanjung ini tersebar menerusi laman sosial Facebooknya. - Sinar Harian


.jpg)
0 comments:
Post a Comment