News Update :
Home » » Fizz Fairuz dan Almy Nadia bakal berkahwin?

Fizz Fairuz dan Almy Nadia bakal berkahwin?

Written By Admin on Tuesday, May 29, 2012 | 2:32 PM


Fizz Fiaruz dan Almy Nadia
RAMAI yang menanti kesudahan cinta antara pemenang Pelakon Drama Lelaki Popular 2011, Fizz Fairuz dan aktres cantik, Almy Nadia.

Masakan tidak, beberapa minggu lalu, Fizz membuka mulut mengenai rancangannya untuk berkahwin dengan Almy, tahun ini juga.

Namun, apa yang mengejutkan ialah respons Almy yang langsung tidak tahu menahu akan rancangan Fizz dan menyifatkan hubungan mereka bagai retak menanti belah.

Sedar kisah mereka hangat diperkatakan, Fizz pula tampil memberi penjelasan bahawa hubungan mereka baik tetapi tidak mahu mengulas mengenai hasrat untuk memperisterikan Almy.

Seperti main tarik tali pula mereka berdua ini. Apa pun, Zass harap Fizz dan Almy dapat membuat keputusan dengan bijak dan matang.

Maklumlah, perkara kahwin ini bukan boleh dibuat main-main, lebih-lebih lagi jika sang lelaki telah meletakkan harapan kepada si perempuan. - Sinar Harian

Related Articles:

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Berita Harian Online . All Rights Reserved.